Saturday, September 15, 2007

Projek 1- Flash LED


Projek 2-Flash LED ini menghasilkan  Flash LED yang berselang seli .LED 1 akan menyala,LED2 akan padam.Pada ketika yang lain LED1 akan padam dan LED akan menyala ,dan begitu lah seterusnya.Flashing yang dihasilkan boleh dimanfaatkan dalam pelbagai cara.Bergantung kepada cretiviti anda.Boleh dijadikan hiasan,lampu keselamatan dan sebagainya.
     Kekerapan Flashing  boleh ditukar menjadi lebih kerap atau berkurang bergantung kepada nilai R1,R2,C1 dan C2. Buat permulaan ini ,cuba hasilkan litar yang "working" mengikut litar dibawah ini sudah memadai.Setelah mahir nanti kita boleh cuba mengubah kekerapan "Flashing".




Litar 2-Flash LED


    Senarai Komponen 

KomponenBilanganNilai
1Resistor4 R1,R2                 R3,R4
2LED 2 LED1,LED2
3Capasitor 2 C1,C2
4Transistor 2TR1,TR2
5Protoboard1



Cara  memasang dan menguji
  • Baca cara memasang dan menguji  ini sehingga habis sebelum melakukan tindakan.
  • Pasangkan komponen mengikut gambarajah litar diatas
  • Pastikan polariti komponen tidak terbalik.
  • Pateri semua kaki komponen dan potong jika panjang.
  • Sebelum memasang bateri ,periksa semula sambungan litar.
  • Pasangkan bateri  dan check transistor dengan memegang badan transistor. 
  • Jika terasa panas yang luar biasa,tanggalkan bateri secepat yang mungkin.
  • Jika  tidak,litar akan terbakar.
  • Kepanasan pada trensistor ini disebabkan oleh sambungan litar yang salah atau polariti komponen yang terbalik.
  • Cuba periksa dan perbaiki dan cuba semula sehingga berjaya.





Persediaan Membuat Projek

Sebelum membuat projek anda perlu menyediakan beberapa perkara asas bagi melicinkan kerja-kerja,diataranya.

1.Komponen Elektronik projek

2.Panduan asas


  • Membaca nilai Komponen

  • Simbol Komponen

  • Litar dan projek



3.Tools penting

  • Soldering Iron

  • Soldering Lead

  • Cutter



4.Tools tambahan yang boleh mempercepatkan dan memudahkan kerja

  • Wire stripper

  • Multimeter

  • Long Nose

Hobi elektronik

Jadikan Elektronik sebagai hobi, baru seronok buat projek.kalau baru nak mula jangan terus buat projek yang susah,cuba buat yang paling mudah dulu .Kuatkan asas-asas elektronik .Beberapa asas penting yang anda perlu tahu.


  • Mengenali Komponen,

  • Fungsi atau sifat setiap komponen .

  • Simbol komponen

  • Cara membaca litar

  • Memasang komponen.

  • Memateri

  • Menguji litar.



Banyak ke?,jangan risau cuba praktikan dulu .Cuba mulakan membuat satu projek yang mudah.Semasa membuat projek ni nanti kita akan mempelajari semua yang ada diatas.Yang penting buat satu projek ni sampai berjaya,jika ada kemuskilan jangan cepat mengalah,cuba cari apa ilmu atau pengetahuan yang anda perlukan.


Insyaallah anda boleh berjaya,jangan lupa kalau dah boleh buat yang pertama ni ,teruskan usaha mempraktiskan ,tajamkan kemahiran dan tambahkan pengetahuan.