Wednesday, October 8, 2008

Sifat Komponen - LED dan Diod

LED sebenarnya ialah  Diod  ,mereka mempunyai sifat yang hampir sama,mereka hanya membenarkan arus elekrik mengalir sehala sahaja.Seolah-olah seperti injap.LED berbeza kerana ia boleh menghasilkan cahaya apabila ada arus mengalir melaluinya.


Ujikaji
  • Gunakan litar diatas.
  • Cuba terbalikkan sambungan LED.
  • Cuba lihat ,LED  menyala ke tidak.
  • Sudah tentu tidak boleh menyala bukan.
  • Cuba fikir kenapa ?
  • Ia kerana aliran elektrik disekat oleh diod.

Sifat Komponen - Resistor (Perintang)


Eksperimen ini akan menunjukkan sifat-sifat semulajadi  sesuatu komponen.Cuba buat eksperimen disebelah dan fahami sifat-sifat mereka.Dengan memahaminya ,maka lebih mudah kita membina atau menganalisa litar yang bermasaalah nanti.




Tahukah Anda Bagaimana Perintang Berfungsi?Kalau nak tahu ,cuba bina litar seperti diatas
Gunakan 3 jenis perintang untuk membuat ujikaji. iaitu 220 ohm, 1k dan 10K
Cuba gantikan  perintang  dengan nilai yang berbeza-beza dan lihat kecerahan LED.
Bagaimana , apa yang anda dapati.
Semakin tinggi nilai perintang ,menyebabkan nyalaan LED menjadi lebih malap.Mengapa ? Ia disebabkan arus elektrik berkurang  mengalir melalui litar apabila perintang semakin bertambah.