Wednesday, October 8, 2008

Sifat Komponen - LED dan Diod

LED sebenarnya ialah  Diod  ,mereka mempunyai sifat yang hampir sama,mereka hanya membenarkan arus elekrik mengalir sehala sahaja.Seolah-olah seperti injap.LED berbeza kerana ia boleh menghasilkan cahaya apabila ada arus mengalir melaluinya.


Ujikaji
  • Gunakan litar diatas.
  • Cuba terbalikkan sambungan LED.
  • Cuba lihat ,LED  menyala ke tidak.
  • Sudah tentu tidak boleh menyala bukan.
  • Cuba fikir kenapa ?
  • Ia kerana aliran elektrik disekat oleh diod.

Sifat Komponen - Resistor (Perintang)


Eksperimen ini akan menunjukkan sifat-sifat semulajadi  sesuatu komponen.Cuba buat eksperimen disebelah dan fahami sifat-sifat mereka.Dengan memahaminya ,maka lebih mudah kita membina atau menganalisa litar yang bermasaalah nanti.




Tahukah Anda Bagaimana Perintang Berfungsi?Kalau nak tahu ,cuba bina litar seperti diatas
Gunakan 3 jenis perintang untuk membuat ujikaji. iaitu 220 ohm, 1k dan 10K
Cuba gantikan  perintang  dengan nilai yang berbeza-beza dan lihat kecerahan LED.
Bagaimana , apa yang anda dapati.
Semakin tinggi nilai perintang ,menyebabkan nyalaan LED menjadi lebih malap.Mengapa ? Ia disebabkan arus elektrik berkurang  mengalir melalui litar apabila perintang semakin bertambah.

Monday, October 6, 2008

Bagaimana menggunakan Belajar Elektronik Secara Praktikal ?

Anda perlu melalui  step 1,2 dan 3. dibawah satu-persatu.
iaitu Mempelajari asas , kedua Mengenali sifat komponen dan seterusnya  Membuat projek.Asas-asas ini  akan diguna semasa membuat dan menguji litar nanti.

Perlu ingat ke semua ni? Tidak perlu,yang penting memahaminya.


 Step 1. Mempelajari Asas 
  •  Kenali Komponen  
  •  Simbol  
  •  Membaca Nilai Komponen 
  •  Peralatan (tools)
  •  Langkah Keselamatan

  Step 2 Mengenali Sifat komponen secara praktikal
  • Perintang
  • Transistor
  • Kapasitor
  • LED
  • LDR sensor 
  • Buzzer
  • Push Button
  • Diod
  • Relay
  • Variable Resistor

 Step 3.Memulakan Projek 
  • Memilih Projek
  • Memasang komponen
  • Polarity komponen 
  • Memateri 
  • Menguji  litar 

Memasang komponen





Disebelah menujukkan satu litar yang mudah.Perhatikan simbol-simbolnya .Cuba bandingkan bagaimana componennya di pasang dibawah.








Bagi membentuk litar komponen dipasang diatas Breadboard .Komponen dipasang diatas bahagian Breadboard. Bahagian bawah breadboard  mempunyai konduktor  bagi memateri kaki-kaki komponen.

Langkah-langkah keselamatan



Perkara  paling penting ialah menjaga keselamatan.Banyak perkara yang perlu diambil perhatian semasa menjalankan projek  bagi mengelakkan kecerderaan dan kesan jangkamasa panjang .Oleh itu jika anda belum mencapai umur 18 tahun pastikan anda dibimbing oleh orang yang lebih berpengalaman.


Perkara penting yang perlu ambil perhatian  

  • Soldering Iron 
    • Berhati-hati semasa  memateri komponen. Ia panas dan boleh membakar kulit .
    • Pastikan kerja-kerja dibuat ditempat yang lapang dan selamat.
    • Jauhkan dari kanak-kanak.
    • Menggunakan  kuasa 240V.
  • Bekalan Kuasa
    • Projek-projek disini hanya menggunakan Bateri sel kering 9V .
    • Jangan sesekali menggunakan sumber kuasa dari rumah 240V.
  • Asap
    • Semasa memateri elakkan menghidu asap yang terhasil dari alat pemateri, ia mengandungi plumbum dan boleh menyebabkan penyakit.Cari tempat yang terbuka supaya asap tidak berkumpul ditempat bekerja.
  • Komponen
    • Kaki komponen yang panjang  perlu dipotong selepas memateri, pastikan kaki komponen tidak menghala ke muka anda ketika memotong.